Friday 7 March 2014

Refleksi Minggu Ke-2

Alhamdulillah..pada minggu ke-2 selepas pendaftaran telah diadakan kuliah pertama kursus MPT 1113 (Foundation of Educational Technology/ Pengantar Teknologi Pendidikan).

Kuliah pertama ini adalah di bawah bimbingan Prof. Dr. Baharuddin Bin Aris (yang merupakan Dekan Fakulti Pendidikan) bersama-sama Dr. Hasnah Binti Mohamed yang turut terlibat dalam pengajaran kursus ini.

Secara ringkasnya, kursus ini terdiri daripada 13 minggu kuliah. Penilaian adalah seperti berikut :

  • Assignment 1 - 20%
  • Assignment 2 - 20%
  • Assignment 3 - 20%
  • Portfolio - 5%
  • Attendance and involvement - 5%
  • Final Exam - 30%
  • Total - 100%
Kuliah ini dibincangkan tentang teknologi terkini dalam bidang komputeran. Antaranya yang disentuh adalah berkenaan Augmented Reality dan Virtual Reality

Augmented Reality (kredit : Youtube)

contoh Augmented Reality - gambar kanan telah ditambahkan augmented reality

Augmented Reality adalah teknologi yang menggabungkan benda maya dua dimensi ataupun tiga dimensi ke dalam sebuah lingkungan nyata tiga dimensi dan menampakkan benda maya tersebut ke dalam dunia nyata. Augmented Reality hanyalah menambahkan  atau melengkapkan dunia nyata bukan menggantikan sepenuhnya.

Manakala, Virtual Reality adalah persekitaran maya 3D yang dijanakan oleh komputer untuk membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam masa nyata. VR boleh bersifat imersif sepenuhnya atau augmentation kepada dunia sebenar.

Virtual Reality (kredit : Youtube)

Pensyarah turut mengingatkan tentang Assignment 1 (membentangkan tentang hardware atau software selama 10 minit) yang akan dipersembahkan pada minggu ke 3.

No comments:

Post a Comment