Saturday 8 March 2014

Refleksi Minggu ke-3

Alhamdulillah pada kuliah kedua di minggu ke-3 telah dibincangkan tentang istilah yang terdapat dalam komputeran. Sesi perbincangan dimulakan dengan melontarkan istilah-istilah komputeran ke dalam aplikasi polleverywhere yang diwujudkan oleh Dr. Hasnah. Antara istilah-istilah yang dikongsi :

  1. GUI - Graphical User Interface, icon khas untuk perisian-perisian atau aplikasi. Contohnya icon Microsoft Word adalah huruf W, Mic Excel huruf X dan lain-lain lagi.
  2. VLE - Virtual Learning Environment - pembelajaran secara maya
  3. URL - Uniform Resource Locator, contoh : http://sakinahfoundation.blogspot.com
  4. Boot - Cold Boot (Start PC) & Warm Boot (Restart PC)
  5. DDL - Data Driven Learning
  6. Bandwidth - seperti broadband (kelajuan rangkaian sehingga Gigabit dengan Fast Ethernet 100Mb per second) dan neuroband
Kuliah disambung dengan topik :

Human Computer Interaction (HCI)

Definisi HCI:
  • Sekumpulan proses, dialog, dan kegiatan di mana melaluinya pengguna memanfaatkan dan berinteraksi dengan komputer
  • Interaksi antara manusia (pengguna) dan komputer dengan menghasilkan komputer yang memenuhi kehendak pengguna

Tujuan HCI:
  • User friendly : kemampuan yang dimiliki oleh perisian atau aplikasi yang memberikan kemudahan dan kepuasan kepada pengguna atau novice untuk menggunakannya - mudah untuk mempelajarinya dan interface yang menarik.
  • Antara contoh aplikasi HCI : WYSIWYG (What You See Is What You Get)
  • Mengurangkan kekusutan pengguna
  • Meningkatkan kepuasan kerja dan mengurangkan tekanan semasa menggunakan perisian atau perkakasan
  • Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan 
Perisian dan perkakasan mana-mana komputer mesti mempunyai ciri-ciri yang efektif, efisien dan kepuasan yang tinggi kepada pengguna - HCI


No comments:

Post a Comment